SOALAN LAZIM


Q) Apakah itu Alumni MMY?
A) Alumni MMY (Maktab Mahmud Yan) adalah sebuah pertubuhan yang memainkan peranan penting dalam menjana sumbangan dalam bentuk intelektual dan fizikal daripada ahli yang telah berada di sektor pekerjaan berbeza bagi kembali berbakti, menjalankan aktiviti dan memberi sumbangan bagi manfaat sesama ahli khususnya dan MMY amnya.

Q) Adakah Alumni MMY sebuah pertubuhan berdaftar?
A) Pihak jawatankuasa sementara Alumni MMY sedang menyediakan kertas kerja bagi menjadikan Alumni MMY sebuah pertubuhan berdaftar.

Q) Adakah Alumni MMY terbuka keahlian kepada semua lepasan pelajar MMY?
A) Ya, Alumni MMY terbuka pendaftarannya kepada semua lepasan pelajar MMY (semua batch) dan mematuhi syarat-syarat keahlian yang akan dinyatakan kemudian.

Q) Saya seorang lepasan pelajar MMY, bagaimana saya ingin turut serta Alumni MMY ini?
A) Buat masa ini, apa yang perlu anda lakukan adalah hantar maklumat anda sekurang-kurang nama dan email (extra: no. telefon dan batch) melalui HUBUNGI bagi memudahkan pihak jawatankuasa mengumpul maklumat dan berhubung dari semasa ke semasa, sila sertakan sekali cadangan dan buah fikiran anda.

Q) Soalan saya tidak terdapat dalam SOALAN LAZIM ini?
A) Pihak jawatankuasa akan update SOALAN LAZIM ini dari semasa ke semasa, jika persoalan anda tiada dalam ini, sila HUBUNGI pihak kami